Monday, 22 July 2013

Terapi Ozone merupakan kaedah di mana darah pesakit yang menerima rawatan akan disaring lalu dialirkan udara ozon - oksigen.
Kelebihan :

- Ozon meningkatkan imuniti dan menjadikan sel darah lebih anjal dan oksigen
mudah diserap masuk ke dalam tisu tubuh. 

Mekanisme Digunakan :

- Janakuasa Ozon Perubatan 
Melalui kaedah ini darah disaring dan proses penapisan tersebut akan menyingkirkan
sel lemak, kolesterol, asid urik dan bahan buangan.Hasil dari proses tersebut dengan
membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Mesin : EBOO ( Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation )
Kaedah EBOO - darah akan dialirkan keluar ke satu penapis di mana
kuman,sel - sel kanser, kolesteral, toksin dan sebagainya akan ditapis.

Selepas itu barulah proses oksigenasi dan ozonasi bermula.

Darah yang telah disaring dialir semula ke dalam badan penerima
penerima rawatan atau pesakit.

Tempoh Rawatan : 1 Jam ( sekali rawatan ).

Jumlah Darah Yang di Saring : 1.8 Liter @ 1800mililiter ( 30mililiter/minit ).

KEBAIKAN :

- Membantu mencuci Plak di dalam salur darah ( arteri dan vena ).

- Membantu meningkatkan serta memperbaiki peredaran darah.

- Membantu dalam mengoksidakan toksin di dalam badan.

- Membantu menyalurkan dan membekalkan lebih banyak oksigen kepada
organ-organ dan sel-sel dalam badan.

- Membantu meningkat metabolisme tubuh badan.

- Membantu merangsang sistem Imunisasi.

- Membantu mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.

- Membantu dalam membaik pulih keremajaan kulit serta merangsang
pertumbuhan sel kulit yang baru.

- Membantu meningkatkan paras tenaga dalam badan serta tahap kesedaran
mental.

- Membantu menghalang terjadinya nyanyuk.

- Membantu memulihkan kekuatan otot tubuh badan.

- Membantu dalam meningkatkan serta memperbaiki kualiti tidur bagi mereka yang
sukar mendapatkan rehat secukupnya terutama di waktu malam.

No comments:

Post a Comment