Wednesday, 9 October 2013

Penyakit Berbahaya- Masalah dan Rawatannya

Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tekanan Darah Tinggi Dan Kaitannya dengan Sakit Jantung


Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?


Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:

1.) Agen Pengoksidaan

2.) LDL (Low Density Lipoprotein) – Kolesterol Jahat (Lemak)



Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk kedalam dinding saluran darah. 




Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan pemecahan plak yang menyebabkan serangan sakit jantung. Elakkan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.Usah risau, berita bagus adalah kini anda boleh “reverse” atau songsangkan proses pembentukan plak-plak tersebut! Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah ini berpunca daripada 



DUA Faktor, iaitu:

1.) Agen Pengoksidaan, dan

2.) Kolesterol LDL (Lemak Jahat)



Jadi, dengan fokus pada melawan kedua-dua faktor ini dalam badan, bukan sahaja anda boleh mengelakkan plak-plak baru daripada terbentuk, malah plak-plak lama yang telah terbentuk turut boleh “dilarutkan” dan akhirnya mengembalikan keadaan semulajadi saluran darah yang sihat


 

 Peringkat – peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi yang Sungguh Menyedihkan!

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk:-Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kepala atau MigrainIni merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin KaburKapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir?Strok & Serangan Sakit Jantung

Peringkat perkembangan Tekanan Darah Tinggi memang boleh dijangka! Selepas anda ketahui Punca Sebenarnya… Anda akan faham bagaimana semua itu terjadi.
Jika perkembangan tekanan darah tinggi ini boleh dijangka, maksudnya memang terdapat satu Akar Umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan.


Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan, Semakin Cepat Ia Disembuhkan. Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Itu Memang  Sudah Terlambat 


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Wednesday, 2 October 2013

RISIKO PENGGUMPALAN DARAH

Penggumpalan darah di vena merupakan penyakit kardiovaskular paling umum ketiga setelah jantung dan stroke. Tanpa pencegahan tepat, penyakit ini berisiko kematian.

Jantung, darah, dan paru-paru merupakan tiga unsur penting dalam sistem sirkulasi tubuh manusia. Setiap hari tanpa henti, jantung mengepam oksigen dan nutrisi melalui darah ke seluruh tubuh (sistemik). Dalam sehari, jantung berdetak 100 ribu kali atau mengepam sekitar 2.000 galon darah.

Darah berperan penting dalam mengangkut oksigen dari paru-paru dan membuang sisa pernapasan keluar dari jaringan tubuh.Kita mengenal tiga jenis pembuluh darah, yakni pembuluh arteri, kapiler, dan vena. Arteri berfungsi mengangkut oksigen melalui darah dari jantung ke seluruh jaringan tubuh. Sementara, kapiler yang kecil dan tipis berfungsi sebagai penghubung arteri dengan vena.

Adapun pembuluh vena berfungsi menyalurkan darah yang berisi bahan sisa kembali ke jantung untuk dikeluarkan dari tubuh. Bahagian atas vena membawa darah dari tangan dan kepala menuju jantung. Sementara bahagian bawah membawa darah dari bagian perut dan kaki menuju jantung. Sistem vena pada tungkai bawah juga memiliki katup untuk melawan faktor gravitasi sehingga darah dapat mengalir kembali ke atas, yakni dari kaki ke jantung.

Terkait gangguan pembuluh darah dan jantung (kardiovaskular), penggumpalan darah pada pembuluh vena (Venous Thromboembolism/ VTE) merupakan penyakit yang kerap terjadi. Kondisi ini disebabkan adanya trombus (bekuan darah) yang lepas, lalu melayang dalam aliran darah, lantas tersangkut atau menyumbat aliran darah.

Tersumbatnya aliran darah akibat adanya bekuan darah ini dikenal dengan sebutan trombosis. Jika sumbatan terjadi pada vena bagian dalam, terjadilah DVT (Deep Vein Thrombosis), yang biasanya mengenai bagian kaki atau tungkai. Kemungkinan kedua adalah gumpalan darah yang pecah dan serpihannya menyangkut di paru-paru sehingga menyebabkan emboli paru (Pulmonary Embolism).

Menurut spesialis jantung dan kardiovaskular dari Rumah Sakit Jantung Harapan Kita Jakarta, Dr RWM Kaligis MD, VTE merupakan penyakit kardiovaskular paling umum ketiga setelah penyakit jantung dan stroke. Tanpa pencegahan atau penanganan tepat, baik DVT maupun emboli paru sama-sama mengancam jiwa.

"Penyakit ini biasanya tidak disedari karana bisanya tanpa gejala atau asimtomatik," sebutnya dalam acara kelas jurnalis yang diselenggarakan Bayer Schering Pharma di Jakarta, baru-baru ini.

Kejadian VTE mengintai populasi besar manusia, dengan angka kematian mencapai 1 juta orang per tahun. Di Eropa misalnya, jumlah kematian akibat gumpalan darah pada pembuluh vena, bahkan lebih besar dibandingkan kematian akibat kanker payudara, kanser prostat, HIV/AIDS dan kecelakaan lalu lintas, yakni sekitar 544.000 per tahun.

Demikian, kecenderungan darah seseorang yang mudah menggumpal bukan satu-satunya pemicu. Sekaligus mengemukakan, terjadinya DVT ditentukan oleh tiga hal, yaitu perlambatan aliran darah, kerusakan dinding pembuluh darah, serta hiperkoagulabilitas. Adapun beberapa faktor risiko yang perlu diperhatikan adalah usia lanjut, kurang gerak, fraktur, dan kelumpuhan.

Selain itu, pesakit yang menjalani bedah ortopedi major, terutama pembedahan penggantian sendi pinggul (total hip replacement/ THR) atau sendi lutut total (total knee replacement/TKR), berisiko tinggi mengalami penggumpalan darah karana terjadi kerusakan pada pembuluh darah jantung dan kurang gerak. Diperkirakan 40-60 persen pasien yang telah menjalani bedah ortopedik mayor akan mengalami pembekuan darah jika tidak mendapat tindakan pencegahan.

Demikian, spesialis Orthopaedi dan Traumatologi Subspesialis Knee, Shoulder and Orthopedic Sports Medicine dari FKUI-RSCM Jakarta, Dr dr Andri Maruli Tua Lubis SpOT, menegaskan bahwa bedah ortopedi itu aman dan orang tidak perlu takut menjalaninya. Terlebih bagi pesakit yang kerosakan pada tulang lutut atau pinggulnya sudah parah, prosedur penggantian lutut atau pinggul memang harus dilakukan agar kualiti hidup pesakit menjadi lebih baik.