Penyakit Berbahaya- Masalah dan Rawatannya
Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu
penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya
dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Tekanan Darah Tinggi Dan Kaitannya dengan Sakit Jantung
Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?
Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang
semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di
dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol
berlaku, DUA keadaan perlu wujud:
1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) – Kolesterol Jahat (Lemak)
Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk kedalam dinding saluran darah.
Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan pemecahan plak yang menyebabkan serangan sakit jantung. Elakkan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.Usah risau, berita bagus adalah kini anda boleh “reverse” atau songsangkan proses pembentukan plak-plak tersebut! Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah ini berpunca daripada
Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan pemecahan plak yang menyebabkan serangan sakit jantung. Elakkan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.Usah risau, berita bagus adalah kini anda boleh “reverse” atau songsangkan proses pembentukan plak-plak tersebut! Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah ini berpunca daripada
DUA Faktor, iaitu:
1.) Agen Pengoksidaan, dan
2.) Kolesterol LDL (Lemak Jahat)
Jadi, dengan fokus pada melawan kedua-dua faktor ini dalam badan, bukan sahaja anda boleh mengelakkan plak-plak baru daripada terbentuk, malah plak-plak lama yang telah terbentuk turut boleh “dilarutkan” dan akhirnya mengembalikan keadaan semulajadi saluran darah yang sihat
Peringkat – peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi yang Sungguh Menyedihkan!
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Apabila
kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat
diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan
menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan
lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk:-Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang
Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda
Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kepala atau MigrainIni merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.
Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin KaburKapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!
Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir?Strok & Serangan Sakit Jantung
Peringkat perkembangan Tekanan Darah Tinggi memang boleh dijangka!
Selepas anda ketahui Punca Sebenarnya… Anda akan faham bagaimana semua
itu terjadi.
Jika perkembangan tekanan darah tinggi ini boleh
dijangka, maksudnya memang terdapat satu Akar Umbi yang boleh
dikenalpasti dan dimusnahkan.
Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan, Semakin Cepat Ia Disembuhkan.
Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Itu Memang
Sudah Terlambat
Allah berfirman di dalam surah
At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:"Tidak ada kesusahan (atau bala
bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan
sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk
menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".