Monday, 30 September 2013

www.terapiozon.my

Apa Itu Ozon?


 Ozon (O3) 

Ozon terdiri daripada 3 molekul oksigendan terbentuk secara semula jadi melalui tindak balas cahaya ulta-lembayung dengan atmosfera bumi. Lapisan ozon merupakan lapisan yang terletak di bawah lapisan stratosfera di antara 15 hingga 30km di atas permukaan bumi. 

Ozon dalam bidang perubatan 

Di negara maju seperti Jerman, rawatan menggunakan ozon telah lama dipraktikkan. Ozon dalam dos yang terkawal mampu merawat serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit pada manusia. 


Kami sedang menjalankan promosi besar-besaran,rebutlah peluang ini.
Mengikut terma-terma dan syarat.

Saturday, 14 September 2013



Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

Mazlin : 012-5703722/05-3131990

Monday, 22 July 2013

About cholestrol..
Terapi Ozone merupakan kaedah di mana darah pesakit yang menerima rawatan akan disaring lalu dialirkan udara ozon - oksigen.
Kelebihan :

- Ozon meningkatkan imuniti dan menjadikan sel darah lebih anjal dan oksigen
mudah diserap masuk ke dalam tisu tubuh. 

Mekanisme Digunakan :

- Janakuasa Ozon Perubatan 
Melalui kaedah ini darah disaring dan proses penapisan tersebut akan menyingkirkan
sel lemak, kolesterol, asid urik dan bahan buangan.Hasil dari proses tersebut dengan
membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Mesin : EBOO ( Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation )
Kaedah EBOO - darah akan dialirkan keluar ke satu penapis di mana
kuman,sel - sel kanser, kolesteral, toksin dan sebagainya akan ditapis.

Selepas itu barulah proses oksigenasi dan ozonasi bermula.

Darah yang telah disaring dialir semula ke dalam badan penerima
penerima rawatan atau pesakit.

Tempoh Rawatan : 1 Jam ( sekali rawatan ).

Jumlah Darah Yang di Saring : 1.8 Liter @ 1800mililiter ( 30mililiter/minit ).

KEBAIKAN :

- Membantu mencuci Plak di dalam salur darah ( arteri dan vena ).

- Membantu meningkatkan serta memperbaiki peredaran darah.

- Membantu dalam mengoksidakan toksin di dalam badan.

- Membantu menyalurkan dan membekalkan lebih banyak oksigen kepada
organ-organ dan sel-sel dalam badan.

- Membantu meningkat metabolisme tubuh badan.

- Membantu merangsang sistem Imunisasi.

- Membantu mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.

- Membantu dalam membaik pulih keremajaan kulit serta merangsang
pertumbuhan sel kulit yang baru.

- Membantu meningkatkan paras tenaga dalam badan serta tahap kesedaran
mental.

- Membantu menghalang terjadinya nyanyuk.

- Membantu memulihkan kekuatan otot tubuh badan.

- Membantu dalam meningkatkan serta memperbaiki kualiti tidur bagi mereka yang
sukar mendapatkan rehat secukupnya terutama di waktu malam.

Thursday, 6 June 2013




TERAPI ozon mungkin baru di negara ini, tetapi di Eropah dan Amerika Syarikat, ia adalah kaedah paling popular untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan memelihara kesihatan.
Ozon untuk tujuan perubatan adalah campuran 0.05-5.0 peratus ozon dan 99.95-95 peratus oksigen.

Ia menghapuskan pelbagai virus, yis, kulat dan protozoa, meningkat ketahanan badan, membersihkan darah dan limpa, menyeimbangkan proses penghasilan hormon dan enzim, mengurangkan radang, menenangkan sistem saraf, memberhentikan pendarahan, mencegah kejutan, kesan teruk akibat strok, ‘Cardian Arrhythmia’, memulihkan fungsi otak dan daya ingatan serta membuang toksin. 

Pengarah Urusan 1Green Product (M) Sdn Bhd, Rahmat Ahmad, berkata terapi ozon adalah sistem rawatan membersih saluran darah melalui dua kaedah iaitu ‘Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation’ dan ‘Simple Access Fluid Extraction.’ 


“Darah pesakit disedut keluar dan disalurkan menerusi tiub ke tabung terapi ozon sebelum dialirkan semula ke tubuh pesakit selepas dibersih dan diozon mengikut kaedah pertama. 

‘Simple Access Fluid Extraction’ pula menyah kotoran dari saluran darah seperti bendalir terbuang, toksin, virus, bakteria dan asid berlebihan ke tabung pembuangan. 

Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaannya, Raja Shaharulhisham Raja Othman, berkata terapi ozon memang popular di Eropah. 

“Jika melakukan pembedahan pintasan jantung, darah pesakit masih ada kolestrol, tetapi rawatan terapi ozon membolehkan ia mencuci dan membuang kolestrol dalam darah. 

“Dulu, saya ada gout dan mengelak makanan laut, tetapi sejak rawatan terapi ozon, ia tiada masalah lagi,” katanya. 

Sementara itu, seorang pesakit darah tinggi, Nawi Meh, 74, berkata dia turut mempunyai kencing manis dan jantung. 

Dia menggunakan pelbagai jenis ubat, tetapi kurang berkesan sebelum mencuba terapi ozon. 

“Selepas tiga kali mencuba terapi ozon, kesihatan saya kian baik dan saya bertenaga. Pertama kali dirawat, air daripada saluran darah berwarna perang dan berbuih, tetapi selepas kali ketiga, airnya jernih dan tiada toksin,” katanya. 

Bagi Razali Abu, 61, dari Teluk Gong, Klang, dia menghidap sakit jantung dan membelanjakan kira-kira RM25,000 untuk kos perubatan. 

“Selepas tiga bulan menjalani rawatan terapi ozon, saya bebas daripada sakit dada melampau,” katanya. 

Bagi Datin Sharifah Nel Aida Alatas, 37, yang menghidap asma, mulanya dia tidak yakin rawatan terapi ozon tetapi selepas 10 kali mencuba, hasilnya amat memuaskan. 

“Alhamdulillah, bacaan asma saya di paras normal iaitu 65IU/mL berbanding 220 IU/mL sebelum ini,” katanya.

sumber akhbar : hmetro

Saturday, 25 May 2013


'ANTI AGING', 'WHITENING' DAN 'SLIMMING'


ANTI AGING, WHITENING DAN SLIMMING

Untuk mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan dan juga kecantikan boleh mengambil suntikan-suntikan seperti vitamin c, kolagen, gluthatione, multi-vitamin, placenta dll. Manakala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius dan parut jerawat amat digalakkan membuat suntikan ini.

Bagi yang berusia 20'an boleh menggunakan suntikan vit c dan utk 30’an keatas boleh mengambil suntikan vit c + col.

Untuk whitening boleh mengambil Glutathione + vit c.

Antara kebaikan vitamin c ialah ianya boleh meningkatkan imune sistem kita, mengelakkan kita dari selalu demam, batuk dan selsema. dari segi kecantikan pula, vitamin c adalah anti-oxidant yang terbaik untuk menghapuskan toxic dari dalam badan. vitamin c juga melambatkan proses penuaan dan membantutkan aktiviti melanin yang menyebabkan jeragat.kulit pun akan jadi halus dan glowing.

Gluthatione pula dari amino asid, very powerful anti-oxidant, anti cancer, buang toxic daripada hati terutamanya. meningkatkan metabolisma, melambatkan proses penuaan, mencerah dan menghaluskan kulit.

injection vitamin c + gluthatione ni boleh meningkatkan pertumbuhan kolagen dan elastin sekaligus menganjalkan kulit.

Suntikan ke dalam salur darah akan mendapat kesan yang cepat, biasanya digalakkan ambil suntikan seminggu sekali. kali pertama suntikan kita akan rasa kurang letih, mata segar walaupun tak cukup tidur, badan jadi lebih sihat dan bertenaga. kali seterusnya ambil suntikan kita akan dapat lihat kulit makin halus dan cerah berseri. boleh beza kulit orang yang ambil injection ni berbanding orang yang tidak pernah ambil suntikan.

Friday, 24 May 2013

TERAPI OZON BANTU PENYEMBUHAN


Utusan Malaysia 17/4/2011
Terapi ozon bantu penyembuhan
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
http://www.utusan.com.my/pix/2011/0417/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_02.1.jpg
Darah dikeluarkan untuk menjalani proses terapi ozon.


TERAPI ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Namun begitu masih ada berpandangan terapi ozon menyamai rawatan hemodialisis. Ini kerana kaedah serta mesin yang digunakan untuk terapi ozon kelihatan menyerupai mesin untuk rawatan pesakit buah pinggang. Hakikatnya - terapi ozon dan hemodialisis adalah rawatan yang berbeza.
Dr. Nik Baizura Sabiamad ketika ditanya tentang terapi ozon menjelaskan lebih lanjut perihal rawatan tersebut. Penasihat Perubatan Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre itu memberitahu kaedah terapi ozon yang ditawarkan di situ adalah Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO). Kaedah tersebut diperkenalkan pada 1999 di mana darah pesakit dikeluarkan kemudian disaring lalu dialirkan udara ozon-oksigen.
Tempoh rawatan yang memakan masa sejam itu secara keseluruhannya akan melibatkan satu per tiga daripada keseluruhan darah dalam tubuh seseorang dikeluar dan disaring sebelum dialirkan ozon-oksigen.
Proses tersebut menurut Dr. Nik Baizura dibuat secara beransur di mana sebanyak 30 mililiter darah dikeluarkan setiap minit menghasilkan 1800 mililiter sepanjang sejam proses rawatan dijalankan.
Melalui kaedah EBOO, darah akan dialir keluar ke satu penapis di mana kuman, sel-sel kanser, kolesterol, toksin dan sebagainya akan ditapis. Selepas itu barulah proses oksigenasi dan ozonasi bermula. Darah yang telah disaring dialir semula ke dalam badan pesakit.
Dr. Nik Baizura yang berkelulusan doktor perubatan memberitahu, setiap pesakit yang mahu menjalani terapi ozon akan menjalani pelbagai pemeriksaan awal untuk menentukan tahap kesihatan.
Pemeriksaan tersebut juga bertujuan melihat apa sebenarnya masalah yang dihadapi pesakit.
Sejak dibuka lebih dua tahun lalu, pusat tersebut telah berjaya 'menunaikan' harapan banyak pesakit yang menderitai pelbagai jenis penyakit.
Ada pesakit kencing manis, lumpuh, gout dan darah tinggi yang setakat ini semakin menunjukkan perubahan memberangsangkan,'' kata Dr. Nik Baizura. Paling penting menurut beliau, matlamat utama rawatan ozon yang ditawarkan di pusat itu bertujuan mengurangkan penggantungan pesakit terhadap ubat-ubatan. 
''Alhamdulillah matlamat kami mencapai sasaran serta dapat meringankan beban pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan baru,'' katanya.
Bapa Dr. Nik Baizura bekas penembak negara Datuk Sabiamad Abdul Ahad yang bergantung kepada insulin untuk mengawal tahap gula turut beralih kepada rawatan ozon. Perubahan ketara dialami tokoh sukan itu. Beliau kini aktif bersenam seperti biasa termasuk mengelilingi Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi sebanyak enam kali.
Bagi Farah Aina, melihat ibunya Habibah Mohd. Amin, 52, ceria menjalani kehidupan harian selepas sembuh daripada penyakit yang dideritai sejak setahun lalu cukup membahagiakan dirinya.
''Ibu mengalami bengkak pada kaki dan tangan yang sangat serius. Beliau tidak boleh bergerak dan akhirnya terpaksa menggunakan kerusi roda.
''Kini tidak lagi, perubahan ketara selepas menjalani tiga kali rawatan, ibu kini kembali aktif tetapi meneruskan terapi untuk menyelesaikan sisa-sisa penyakit,'' katanya.
Menurut Dr. Nik Baizura, pesakit digalakkan menjalani tiga kali rawatan iaitu sekali seminggu di peringkat awal terapi. Terapi ozon bukan saja untuk golongan berpenyakit tetapi juga sesuai kepada mereka yang sihat.